Objectives

ufis-555x398.jpg

Objective

Seminar ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan berkaitan pengurusan kewangan dalam era revolusi Industri 4.0. Pengisian seminar ini telah dirangka secara menyeluruh untuk mencakupi isu-isu dan cabaran-cabaran yang berkaitan tadbir urus sektor awam. Berkonsepkan perkongsian maklumat, idea, pengauditan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan dan integriti dalam tadbir urus organisasi yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

 

Penyertaan seminar ini adalah terbuka kepada Ahli Akademik, Pegawai Kewangan, Pegawai Teknologi Maklumat, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus Syarikat dan Pegawai Eksekutif dan pihak yang terlibat dengan pendigitalan.