Speakers

Speaker 4

Speaker 4

http://cio.utem.edu.my

SESI 5 : PENGURUSAN KEWANGAN DIGITAL.

10:30 pagi, 18 OGOS 2018


Berjawatan sebagai Ketua Pegawai Maklumat di Pejabat Ketua Pegawai Maklumat atau lebih dikenali sebagai Pejabat CIO, berperanan dalam mengawal tadbir urus penggabungan tiga (3) Pusat Tanggungjawab iaitu Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, Perpustakaan Laman Hikmah dan Penerbit Universiti. 

Antara peranan utama pengwujudan Pejabat CIO ini adalah bagi meningkatkan tahap keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam menyediakan Pelan Strategik serta taktikal Pembangunan Pengurusan Pengetahuan di UTeM, sekaligus merangkumi Pengurusan Teknologi Makumat, Pengurusan Pusat Sumber Rujukan dan Repositori dan Pengurusan Penerbitan.

Di samping itu, beliau juga berpengalaman dan berkemahiran dalam merancang dan mengurus projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan sistem maklumat di UTeM (Sistem Maklumat Pelajar (SMP), Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM), Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu (SMKB), Sistem Maklumat Pengajian Siswazah (SMPS), Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (URIS).

Akhir sekali, selain dari merancang dan mengurus projek dalaman, beliau juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa ICT Kementerian dari tahun 2012 sehingga sekarang dan juga berperanan sebagai salah seorang Lembaga Pengarah Neraca Niaga Sdn. Bhd, iaitu salah sebuah anak syarikat UTeM, dari tahun 2014 sehingga kini.  Selain dari itu, beliau turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi UTeM semenjak tahun 2006 sehingga kini dan merupakan Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Pengarah-pengarah ICT IPTA (MAPITA) dari tahun 2011 hingga 2019.

Pendidikan Ijazah Sains Komputer , UTM     [1988]
   
Pengalaman Kerja Pen. Peg. Teknologi Maklumat UTM 1985 - 1990
       
  Juruanalisa Komputer UTM 1990 - 1994
       
  Juruanalisa Sistem Kanan / Pengurus Projek Bisofware, NSTT 1994 - 1996
       
  Pengurus Pembangunan Perisian Micro House, JB 1996 - 1998
       
  IT Freelance None 1998 - 2001
       
  Pengarah, Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi (PPPK) UTeM 2001 - 2014
       
  Ketua Pegawai Maklumat, UTeM UTeM  2015 hingga kini